Wednesday 12 October 2011

MERAH KUNING BELUM SELAMAT!

kredit gambar: ariff iskandar



Berjuang habis2habisan..itu janji Perak.Awas! kata2 tersebut sudah membuktikan keazaman tinggi pemain Perak untuk menafikan laluan Selangor ke separuh akhir dan sekaligus menghalang hajat 'misi 33' Selangor....
berdebar beb...hope pemain x leka macam aksi separuh masa kedua di Shah Alam hari tu...
baca ni...



PERAK akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Selangor apabila tewas 1-3 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, kredibiliti skuad Seladang selaku juara Kumpulan A dengan rekod kebal tanpa kalah sebelum ini, masih belum cukup untuk menghadirkan rasa gerun Gergasi Merah yang ternyata begitu garang menyemarakkan semula ‘Misi 33’ di depan ribuan penyokong sendiri.
Dalam aksi kelmarin, kehadiran semula dua tonggak Perak yang digantung perlawanan sebelum ini, Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Rakhli yang masuk selaku pemain gantian juga gagal menghadirkan sesuatu yang istimewa buat skuad kendalian Noorizan Bakar itu.
Di sebalik asakan bertali-arus Perak bagi tempoh 10 minit awal permainan, Selangor begitupun kembali bangkit menyerap asakan sebelum mendahului dengan dua gol cantik menerusi sepakan percuma arkitek berbakat, Safiq Rahim pada minit ke-12 dan 57 yang melepasi jangkauan penjaga gol Perak, Kamarul Effandi Abdul Rahim.
Mimpi ngeri Kamarul tidak berakhir di situ apabila dia gagal menghalang jaringan pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-63, sekali gus menambah derita pasukan pelawat.
Walaupun Perak dilihat masih ‘bernyawa’ apabila berjaya mencuri satu gol saguhati menerusi penyerang pinjaman, Mohd. Failee Ghazli pada minit ke-76, jurulatih Selangor, P. Maniam tetap tidak panik, namun pada masa sama enggan para pemainnya berasa selesa menjelang perhitungan di Ipoh Jumaat ini.
“Segala yang dirancangkan semasa latihan nampak menjadi, justeru saya begitu berpuas hati dengan persembahan bertenaga setiap pemain malam tadi (kelmarin).
“Begitupun, mendahului dua gol juga bukan jaminan buat pasukan saya berasa selesa, kita masih ada 90 minit lagi yang perlu kita harungi,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Maniam memberitahu, kehilangan Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah malam kelmarin juga tidak begitu dirasai apabila tempatnya dijangka dapat diisi oleh seorang lagi pemain berpengalaman, Hardi Jaafar di Ipoh nanti.
“Malah, saya juga yakin dengan pengalaman pemain pertahanan Selangor seperti Nasriq Baharom, P. Gunalan, Asraruddin Putra Omar dan Razman Roslan bagi menyerap serangan Perak yang pastinya bermain bermati-matian di Ipoh,” katanya.

sumber: kosmo

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites