SELANGOR BENAM PERAK 3-1

Terus sokong Selangor ya! Ole!

DEBARAN MERAH KUNING!

Pertemuan suku akhir pertama

MISI 33.REALITY ATAU FANTASI??

Yakin boleh Selangor!!!

SAFIQ RAHIM KEMBALI!!

Safiq Rahim buktikan dirinya masih berbisa!

GERGASI MERAH SUDAH MARAH!

sokong Selangor menang or kalah..jatuh dan bangun ok??!

Thursday 13 October 2011

CIRI-CIRI PENYOKONG SETIA!

(klik utk membesar dengan sihat)

ada nak tambah lagi x???hehe..
papepun tahniah jika anda telah menjadi penokong Selangor!
ole!

KOLEKSI VIDEO KEJAYAAN SELANGOR!







utk meredakan tekanan dan debaran jumaat ni...jom layan video koleksi kejayaan Selangor satu masa dulu...

kredit untuk yg upload video ni..  :)
ole!














Wednesday 12 October 2011

KEJAYAAN MERAH KUNING! OLE!






Ada yang mengatakan pasukan Selangor hanya gah dengan sejarah,eh,ini pendapat kebudak2kan...sejarah itu memang perlu di ingat sebagai pemangkin,penguat semangat utk kita lebih maju ke hadapan...
bercakap pasal sejarah...semalam pun di panggil sejarah,maksudnya perkara yang lepas...
pernah dengar x perkataan ini...

hari ini adalah kenyataan....semalam adalah sejarah dan esok adalah impian....

so x payah layan mereka2 yg mempersoalkan tentang sejarah pasukan Selangor,setiap pasukan mempunyai sejarah tersendiri...masing2 jaga sejarah masing2 la...
janji kita respect sesama fans..menyokong gunakan akal,bukan lutut,dan jadilah fans yang berdisiplin..
ole!selangor sentiasa menyokong kedamaian..dan sentiasa menghulurkan tangan tanda persahabatan
sesama fans di Mlaysia..x kira negeri mana...
ole!



PIALA MALAYSIA
 1922, 1927, 1928, 1929, 1935, 1936,1938, 1949, 1956, 1959, 1961, 1962,1963, 1966, 1968, 1969, 1971, 1972,1973, 1975, 1976, 1978, 1979, 1981,1982, 1984, 1986, 1995, 1996, 1997,2002, 2005 (32x)



PIALA FA 
1991, 1997, 2001, 2005, 2009 (5x)




LIGA SUPER 
2009, 2010 (2x)






DIVISYEN 1 / PREMIER 1 
1989, 1990, 2000 (3x)






DIVISYEN 2 / PREMIER 2 / LIGA PREMIER
1993, 2005 (2x)






PIALA SUMBANGSIH / PIALA SULTAN HAJI AHMAD SHAH 
1985, 1987, 1990, 1996, 1997, 2002,2009, 2010 (8x)


UPDATE STATUS FACEBOOK VIA THE RED GIANT!


jom update status fb korang via red giant!
caranya-klik link kat bawah ni..
pastu tulis je apa status korang..
tanpa semena2( hehe) akan terupdate terus ke wall fb korang!
v
v
v
v
v


ole!

UPDATE STATUS FACEBOOK VIA MISI 33!




Untuk peminat selangor!
misi 33 dalam target mereka utk piala malaysia 2011 ni
jom update status korang via misi 33!!
caranya:
-klik link kat bawah ni..
-tulis kat ruangan kosong tu..(mcm update wall)
-otomatik akan terupdate ke fb korang!
link
v
v
v

IMBAS KEMBALI PEMAIN IMPORT SELANGOR!

Kredit:FASELANGOR

Selangor,pasukan penuh tradisi,mempunyai senarai pemain import yg cukup hebat dan gemilang..jom imbas kembali pemain2 import yg pernah mewarnai pasukan Selangor!
errr.... fans Selangor dh maafkan Tony Cotee belum??? hehe... 

MERAH KUNING BELUM SELAMAT!

kredit gambar: ariff iskandar



Berjuang habis2habisan..itu janji Perak.Awas! kata2 tersebut sudah membuktikan keazaman tinggi pemain Perak untuk menafikan laluan Selangor ke separuh akhir dan sekaligus menghalang hajat 'misi 33' Selangor....
berdebar beb...hope pemain x leka macam aksi separuh masa kedua di Shah Alam hari tu...
baca ni...



PERAK akhirnya terpaksa akur dengan kehebatan Selangor apabila tewas 1-3 pada aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam kelmarin.
Ibarat bertemu buku dengan ruas, kredibiliti skuad Seladang selaku juara Kumpulan A dengan rekod kebal tanpa kalah sebelum ini, masih belum cukup untuk menghadirkan rasa gerun Gergasi Merah yang ternyata begitu garang menyemarakkan semula ‘Misi 33’ di depan ribuan penyokong sendiri.
Dalam aksi kelmarin, kehadiran semula dua tonggak Perak yang digantung perlawanan sebelum ini, Shahrulnizam Mustafa dan Akmal Rizal Rakhli yang masuk selaku pemain gantian juga gagal menghadirkan sesuatu yang istimewa buat skuad kendalian Noorizan Bakar itu.
Di sebalik asakan bertali-arus Perak bagi tempoh 10 minit awal permainan, Selangor begitupun kembali bangkit menyerap asakan sebelum mendahului dengan dua gol cantik menerusi sepakan percuma arkitek berbakat, Safiq Rahim pada minit ke-12 dan 57 yang melepasi jangkauan penjaga gol Perak, Kamarul Effandi Abdul Rahim.
Mimpi ngeri Kamarul tidak berakhir di situ apabila dia gagal menghalang jaringan pemain sayap Selangor, Amirulhadi Zainal yang berjaya melepasi perangkap ofsaid pada minit ke-63, sekali gus menambah derita pasukan pelawat.
Walaupun Perak dilihat masih ‘bernyawa’ apabila berjaya mencuri satu gol saguhati menerusi penyerang pinjaman, Mohd. Failee Ghazli pada minit ke-76, jurulatih Selangor, P. Maniam tetap tidak panik, namun pada masa sama enggan para pemainnya berasa selesa menjelang perhitungan di Ipoh Jumaat ini.
“Segala yang dirancangkan semasa latihan nampak menjadi, justeru saya begitu berpuas hati dengan persembahan bertenaga setiap pemain malam tadi (kelmarin).
“Begitupun, mendahului dua gol juga bukan jaminan buat pasukan saya berasa selesa, kita masih ada 90 minit lagi yang perlu kita harungi,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Maniam memberitahu, kehilangan Bunyamin Omar yang dilayangkan kad merah malam kelmarin juga tidak begitu dirasai apabila tempatnya dijangka dapat diisi oleh seorang lagi pemain berpengalaman, Hardi Jaafar di Ipoh nanti.
“Malah, saya juga yakin dengan pengalaman pemain pertahanan Selangor seperti Nasriq Baharom, P. Gunalan, Asraruddin Putra Omar dan Razman Roslan bagi menyerap serangan Perak yang pastinya bermain bermati-matian di Ipoh,” katanya.

sumber: kosmo

NAK KARIKATUR WAJAH KORANG LENGKAP BERBAJU SELANGOR???



Nak karikatur lengkap berbaju Selangor camni??? hanya di ole!selangor....
alhamdulillah,salah seorang admin di kurniakan bakat utk melukis...
kalau korang nak..stay tune kat sini...
blog ni masih baru..teruskan sokongan...perlukan sokongan......
invite kawan2 like page ni....
ajak geng2 yg lain ke blog ni....
nanti kitorang belanja karikatur ni ok...
so stay tune la selangoriannn!!!
ole!

   

AKMAL RIZAL AKAN JADI PEMUSNAH SELANGOR JUMAAT INI???






Mungkinkah Akmal Rizal akan jadi pemusnah Selangor jumaat ni?? ohhh...ramai yg dh tau,Akmal pernah bersama Selangor satu ketika dulu sebelum berhijrah ke Kelantan...ketika di Kelantan,Akmal pernah menghampakan kita ketika suku akhir Piala Malaysia tahun 2010...masa tu sangat kecewa...sedih berhari2..huhu... adakah perkara ni akan berlaku lagi?? waaahhh..debaran ni.....sama2 kita tunggu...jom layan video ketika Akmal Rizal mewakili Selangor dulu.....





JOM KE IPOH!!!





Untuk fans yg teringin nak join fans ke ipoh jumaat ni...bolehlah hubungi no tipon kt bawah ni....buktikan sokongan x berbelah bagi! kalah or menang...barula cool kann??  ole!

SSFC akan menganjurkan rombongan ke R̸u̸m̸a̸h̸ ̸K̸a̸k̸ ̸L̸i̸m̸a̸h̸ Stadium Ipoh :-

• Tarikh 14/10/2011 (JUMAAT)
• Tempat berkumpul di Pintu Gerbang Stadium Shah Alam
• Waktu bertolak 3:30 petang
• Tambang serta tiket perlawanan RM25 sahaja

Berminat sila hubungi:
• Abang Nasir - 0123209207
• Hairi - 0123687576
• Boy - 0193406841
Tempat adalah terhad..Moh kita bako semangat Misi 33



sumber: ssfc



Tuesday 11 October 2011

UNDER CONSTRUCTION..





BLOG INI MASIH DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN.....:)

NEVER GIVE UP!!!

TOPI KESELAMATAN UNTUK PENYOKONG!



kah3..macam2 gaya dan cara bila datang stadium..kelebihan mamat ni ialah kekebalan di kepalanya....safety first!

kredit; bardbahtiar.com

VIDEO SELANGOR VS PERAK SUKU AKHIR PERTAMA PIALA MALAYSIA 2011!








kredit; sokernet.com


SELANGOR KENA BERHATI-HATI!

Bercakap tentang nama pemain yg berstatus bintang..rasanya x perlu di perkenalkan lagi dlm skuad Selangor..namun sebagai penyokong,kita xkkan melupakan Tony Cottee yg langsung x bersikap profesional ketika itu...kt mana Tony Cotee skrng ni??? hari tu ada gak dtg Mysia..ada jgk muka nya keluar kt Astro Sport x silap....fans Selangor dh maafkan Tony Cotee ke??


Selangor harus berhati-hati




PADA penghujung musim 1990-an dahulu, Selangor pernah dikecewakan dengan tindakan bekas tonggak England, Tony Cottee yang dilihat langsung tidak profesional apabila 'tergesa-gesa' meninggalkan pasukan itu sebelum kontraknya tamat.
Jika diikutkan, Cottee sebenarnya bukanlah pilihan utama skuad Gergasi Merah ketika itu jika tidak kerana bintang Arsenal, Nial Quinn yang tiba-tiba 'hilang' sehingga menyebabkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) pantas menyambar Cottee berdasarkan reputasinya yang dikhabarkan cukup cemerlang ketika mewakili England di kancah persaingan antarabangsa semasa itu.
'Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari'.
Jodoh Cottee bersama Selangor tidak berpanjangan apabila dikhabarkan tidak begitu gembira sepanjang beraksi di bumi Malaysia.
Selain dilaporkan kecewa kerana terpaksa mencuci butnya sendiri, alasan Cottee yang dikatakan marah kerana tidurnya terganggu dengan bunyi jam loceng rakan sepasukannya, Ismail Ibrahim yang bangun menunaikan sembahyang Subuh ketika itu sememangnya mengundang kemurkaan peminat fanatik Gergasi Merah.
Justeru, jika benar desas-desus mengenai keinginan Selangor yang dikhabarkan mahu memancing bekas pemain Chelsea, Mateja Kezman sebagai seorang daripada dua tenaga import mereka bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim depan, ada baiknya ia harus dinilai secara terperinci sebelum membuat sebarang keputusan.
Keterujaan mengambil pemain berstatus bintang sememangnya berisiko walaupun sejarah membuktikan beberapa pemain terkemuka seperti David Mitchell, Allistair Edwards, Christopher Kiwomya, Mehmet Durakovic, Karel Stromsik serta dua bintang Indonesia, Elie Aiboy dan Bambang Pamungkas dilihat cukup cemerlang membantu Selangor sebelum ini.
Tambahan pula sekiranya Kezman, 32, bersetuju menyarung jersi Selangor, sudah tentu ia dilihat mampu menarik lebih ramai penonton ke Stadium Shah Alam.
Ketika ini, Kezman sedang beraksi bersama kelab Belarus, Bate Borisov yang bersaing dalam Liga Juara-Juara Eropah sehingga penghujung tahun ini selepas kontraknya bersama kelab Hong Kong, South China tamat Mei lalu.
Kezman yang memulakan kariernya selaku pemain bola sepak seawal usia 19 tahun bersama kelab Serbia, FK Partizan pada 1998 turut pernah mewakili beberapa kelab ternama Eropah seperti PSV Eindhoven, Atletico Madrid, Fenerbahce, Paris St. Germain dan Zanit St. Petersburg, selain gemar menyarung jersi bernombor sembilan atau 99.
Tiada sebarang pengesahan rasmi begitupun dikeluarkan FAS setakat ini berhubung keinginan mereka memikat hati pemain kelahiran Serbia itu supaya melebarkan sayapnya beraksi di pentas Asia Tenggara pula selepas ini.
Buat masa ini, teka-teki sama ada Kezman merupakan antara empat pemain yang dikhabarkan bakal hadir ke Shah Alam untuk diuji sepanjang bulan ini masih belum terjawab lantaran FAS ketika ini baru menguji seorang pemain pertahanan berusia 29 tahun dari Korea Selatan, Hwang Moo-Kyu yang telahpun mula diuji sejak pasukan itu tewas 0-1 kepada Singapura dalam aksi Piala Sultan Selangor (PSS) 2011 baru-baru ini.
Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd. Amin semasa ditemubual media tempatan sebelum ini juga enggan mengesahkan nama-nama calon yang bakal diuji, namun pada masa sama tidak menolak kemungkinan mereka merupakan antara pemain yang pernah beraksi di kancah Liga Perdana England.
Nama-nama itu katanya, hanya akan diumumkan sebaik saingan Piala Malaysia musim ini berakhir.
Apa pun, jangan sampai 'pisang berbuah dua kali', justeru Selangor sepatutnya lebih berhati-hati tambahan pula Kezman juga dilaporkan turut mempunyai masalah sikap.
Belajarlah daripada kesilapan silam. FAS pastinya lebih tahu natijah yang mungkin mereka hadapi jika benar mahu mendapatkan khidmat pemain bintang.

Sunday 9 October 2011

SEJARAH PERSATUAN BOLASEPAK SELANGOR





PERSATUAN Bola Sepak Selangor (FAS) ditubuhkan secara rasmi pada 1926, namun sebelum itu terdapat sebuah persatuan yang menguruskan liga negeri Selangor dan dikenali sebagaiSelangor Association Football League (SAFL) yang ditubuhkan pada 1905.
Namun, ekoran masalah politik dalaman sesetengah pegawai persatuan menarik diri dan menubuhkan persatuan baru yang dikenali sebagai FAS .
Perbezaan pendapat antara FAS dan SAFL berlarutan selama sedekad, tetapi kedua-dua pihak akhirnya mengalah demi pembangunan bola sepak negeri Selangor dan bergbung secara rasmi pada 22 Februari 1936 dengan nama FAS .
Perang Dunia Kedua yang meletus menggangu usaha FAS untuk memajukan bolasepak negeri. Usaha berkenaan hanya bermula secara agresif sebaik sahaja perang tamat, dengan Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai presiden pertama FAS .
Walaupun bukan anak jadi Selangor , jasa Tunku amat besar iaitu dengan menamakan Stadium Merdeka sebagai gelanggang rasmi Selangor sebaik saja stadium itu digunakan untuk upacara pengisytiharan merdeka pada 31 Ogos 1957. Stadium terus beraksi di sana sehingga pembinaan Stadium Shah Alam pada 1994.
Pada era 1960an, Datuk Harun Idris membawa Selangor ke era baru selaku Presiden FAS . Beliau berkhidmat selama 21 tahun dari 1961 hingga 1982, dan sepanjang kepimpinannya, Selangormenjuarai 15 kejauraan Piala Malaysia.
Selaku Menteri Besar Selangor ketika itu, beliau turut bertanggungjawab memindahkan ibu pejabat FAS di bangunan MCA lama di Jalan Ampang ke Wisma FAS pada 1973 di sebelah Stadium Merdeka.
FAS terus beroperasi di situ sehingga pertengahan 1990an, di mana ia dipindahkan ke Bangunan Yayasan FAS di Kelana Jaya sehingga ke hari ini.
Pada era 1990an, Datuk Aini Taib yang mula diberi kepercayaan sebagai pengurus pada 1993 mula melakukan pembahruan dengan cara pendekatannya tersendiri.
Skuad Selangor ketika itu bukan saja dibarisi pemain import dan tempatan terbaik, malah juga terdiri daripada pemain anak jati negeri Selangor yang dihasilkan menerusi program pembangunan yang berkesan.
Tatkala skuad Selangor ketika itu dibarisi pemain hebat seperti Azman Adnan, Tony Cotte dan Mehmet Durakovic, beberapa pemain kelahiran Selangor seperti Asmawi Bakiri, Shahril Arsat, Rusdi Suparman dan Azlisham Ibrahim turut diketengahkan.
Gandingan Aini bersama jurulatih Ken Worden dan kemudiannya Steve Wicks turut membolehkanSelangor merangkul tiga kejuaraan Piala Malaysia berturut-turut dari 1995 hingga 1997.
Selangor kemudian berjaya menjuarai Liga Perdana 1 (ketika itu) pada 2000, Piala FA (2001) dan gelaran Piala Malaysia ke-31 pada 2002.
Hanya selepas pengurus Selangor pada 2005, Datuk Satim Diman membawa bekas penyerangSelangor dan kebangsaan Dollah Salleh sebagai jurulatih, merah kuning kembali menunjukan kebangkitan.
Pengurusan Selangor ketika itu turut membawa masuk penyerang utama Indonesia, Bambang Pamungkas bersama rakan senegaranya Elie Aiboy dan hasilnya tiga kejuaraan- liga Perdana, Piala FA dan Piala Malaysia berjaya dirangkul.
Selangor kemudian sekali lagi melalui dua musim tanpa sebarang gelaran dari 2005/06 hingga 2006/07, pertukaran pucuk pimpinan kerajaan negeri turut menyaksikan beberapa pegawai termasuk Satim melepaskan jawatan mereka dalam pengurusan pasukan pada pertengahan musim 2007/08.
FAS yang kini dipimpin Menteri Besar baru, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil langkah berani dengan melantik pengurus sepenuh masa pertama Selangor yang turut memecahkan tradisiFAS sebelum ini yang melantik pengurus hanya di kalangan ahli majlis FAS .
Zakaria Ab Rahim diberi kepercayaan sebagai pengurus sepenuh masa pertama Selangor sejak penubuhan FAS , dengan harapan ia dapat memberi nafas baru kepada bola sepak Selangor .

WELCOME TO OLE!SELANGOR!!


Selamat datang ke blog ole!Selangor..blog yang di cipta khusus sebagai tanda sokongan kepada pasukan bolasepak Selangor Darul Ehsan.Red Giant,begitulah gelarannya..pasukan yang penuh tradisi dalam arena bolasepak tempatan.Pelbagai informasi,perkembangan,berita terkini akan di sampaikan melalui blog ini.Itulah tujuan sebenarnya.Dengan gaya penyampaian yang lebih santai,di harapkan para peminat no satu pasukan Selangor akan  berpuas hati dengan blog ini.Mohon juga sokongan agar blog ini sentiasa menjadi terbaik dan memenuhi citarasa penyokong...
~admin~
ole!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites